Saturday, May 14, 2011

Segalanya Bermula Di Sini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada insan-insan yang sudi masuk ke blog ini. Sudah sekian lama rasanya aku tidak merapatkan diri dengan blog aku ini. Jadi, sebagai permulaan semula, aku nak memperkenalkan semula siapa aku.

Pada bulan ogos 1990, tepat pada pukul 9.28 pagi, tangisan aku berkumandang dan disertai dengan kesyukuran daripada ibu dan ayah aku. Laungan azan dikeudarakan oleh ayah aku. Alhamdulillah, aku lahir dengan cukup sifat.
Hidup aku adalah seperti manusia yang lain. Dari hanya boleh menangis, kemudian merangkak, seterusnya berjalan. Kasih dan sayang yang diberikan oleh keluarga aku amatlah tidak ternilai biarpun aku membayar 10 juta kepada mereka berdua. Aku ada seorang kakak, pantang ja jumpa, mesti gaduh.

Pengalaman persekolahan aku juga rasanya tidaklah berbeza sangat dengan orang lain. Tadika, sekolah rendah dan terus ke sekolah menengah. Alhamdulillah lepas tamat sekolah menengah, aku telah terpilih untuk menyertai kursus latihan khidmat negara di kem sungai besar, kulim, kedah darul aman. Di kem, aku bergerak dalam platun delta dan aku adalah ketua dorm 8.

Pelbagai pengalaman menarik telah aku dapat ketika berada di kem tersebut. Memangla rasa macam nak ja balik rumah bila kena hukuman tapi rasanya sebab ada hukuman tula yang buat aku boleh berdikari macam sekarang. Nak dibandingkan dengan dulu, aku asyik tak mau pi sekolah. Last-last kena rotan dengan ayah aku. Baru padan muka..hehehe

Lepas ja plkn tu, aku dapat tawaran melanjutkan tawaran ke UiTM Shah Alam. Dok tunggu matrik tak dapat-dapat jadi terima jala yang program asasi kat uitm tu. Seminggu lepas tu, aku dapat tawaran pi matrik gopeng untuk dua tahun tapi aku tolak sebab dah masuk uitm dah masa tu. Malas dah nak pindah-pindah barang.

Habis ja setahun program asasi kt uitm tu, aku isi balik boring upu kat internet. Minta upsi plak..hahaha, ‘demand’ sikit aku nih. Aku punya interview untuk masuk upsi ni buat kat international teaching centre (INTEC) kt seksyen 17, shah alam, Selangor, tempat aku belajar masa program asasi tula. Tunggu punya tunggu, Alhamdulillah dapat juga aku masuk upsi.

0 comments:

Post a Comment